Tuesday, November 29, 2011

PWTC sedia masakan kampung



SEBAHAGIAN tukang masak sibuk menyediakan bahan mentah sayur-sayuran sempena Perhimpunan Agung UMNO 2011 di ruang dapur PWTC semalam.


KUALA LUMPUR - Sebanyak kira-kira 20,000 pek makanan akan disediakan setiap hari kepada anggota perwakilan dan pemerhati UMNO, delegasi, jemputan dan petugas media sepanjang lima hari Perhimpunan Agung UMNO 2011 berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Ketua Pegawai Eksekutif PWTC, Maxson Abdullah H. Jaafar berkata, penyediaan makanan itu melibatkan empat kali hidangan iaitu seramai 2,048 orang untuk sarapan pagi, 4,408 orang untuk makan tengah hari, 4,834 orang untuk minum petang dan 3,766 orang untuk makan malam.

Menurutnya, persiapan bagi penyediaan hidangan makanan itu sudah bermula sejak enam bulan lalu melibatkan khidmat seramai 320 orang tenaga pekerja tetap dan 1,200 orang pekerja sambilan.

"Hidangan masakan kampung akan menjadi menu utama dengan pilihan lapan hingga 10 jenis lauk pauk. Kami memilih masakan ala kampung kerana ia mencerminkan identiti dan budaya masyarakat majmuk di negara ini yang berbilang bangsa serta keturunan," katanya ketika ditemui pemberita selepas meninjau persiapan di dapur PWTC di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: