Kata pepatah Melayu, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Mungkin sesuai dikaitkan dengan isu kes saman membabitkan primadona Fauziah Datuk Ahmad Daud (Ogy) dan Johan Raja Lawak ini.
Rasa tidak puas hati Ogy timbul semasa Festival Filem Malaysia Ke-24 (FFM24) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Ahad lalu.
Dakwa Ogy dalam sebuah akhbar semalam, Johan telah mengaibkannya di hadapan penonton termasuk Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan jenaka tidak relevan sepanjang majlis berlangsung.
Menyifatkan isu ini sebagai sesuatu yang tidak boleh dipandang remeh, kata Ogy, dia nekad untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Johan.
Johan yang dihubungi Zass bagaimanapun enggan memberi penjelasan lanjut mengenai 'ketelanjurannya' itu kerana enggan memanaskan lagi keadaan.
Jelasnya, dia mahu bersikap adil dan memberi kenyataan pada semua teman media sekali gus dalam satu masa.
"Buat masa ini, saya belum menerima apa-apa surat saman. Saya tidak mahu komen lebih-lebih mengenai perkara ini.
"Jika saya ada apa-apa program melibatkan media, baru saya bersedia untuk memberikan kenyataan kerana saya mahu adil pada semua teman media.
"Saya tidak mahu ulang benda sama banyak kali. Biar kita duduk pada suatu tempat yang sama, tanyalah apa pun, saya bersedia untuk menjawab," katanya yang mahu penonton pada malam itu menilai, sejauh mana ketelanjurannya sehingga disalah tafsir Ogy.
Monday, November 28, 2011
Kes saman, Johan tunggu masa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: