Holiday Villa saji masakan Jepun

Restoran The Inn Of Four Seasons Chinese, Hotel Holiday Villa dan Suite Subang memperkenalkan promosi set makan ­­ tengah hari dan malam istimewa masakan Jepun sehingga hujung bulan ini.

Antara masakan bakal disajikan termasuk Teriyaki Zen iaitu ayam atau daging diperap dengan sos panas teriyaki dan Gyu Shogayaki Zen, daging goreng ­dihidang bersama sayur serta ­sos halia istimewa pilihan chef.

Bagi yang meminati makanan laut, Sashimi Zen adalah pilihan tepat dengan kombinasi kepingan ikan segar mentah serta Tempura Zen, iaitu pelbagai hidangan goreng ikan dan udang, serta sayur-sayuran dalam adunan tempura.

Bagi yang ingin mencuba sesuatu yang lain, boleh menikmati hidangan Unagi Zen iaitu belut panggang bersama sos manis, serta Yaki Zakana Zen iaitu ikan tenggiri panggang. Semua hidang tersebut turut disajikan dengan salad, pencuci mulut, sup, Gohan dan jeruk Jepun pilihan dengan harga bermula RM45.

Selain itu, pelanggan juga boleh menikmati sajian Taiwan stimbot pada harga serendah RM30 sehingga RM90 dengan tempahan minimum dua orang.