Tuesday, November 29, 2011

Tonton aksi singa laut di Pulau Melaka



TIGA pekerja melatih tiga ekor singa laut yang akan membuat persembahan di Wildlife Theatre di Pulau Melaka bermula 26 November lepas.


MELAKA - Pertunjukan tiga ekor singa laut menjadi tarikan utama di Wildlife Theatre Melaka di Pulau Melaka di sini yang dibuka baru-baru ini.

Pengarah Urusan Wildlife Production Sdn. Bhd., Christie Siow berkata, setiap hari, sebanyak dua pertunjukan diadakan di taman berkenaan iaitu pada pukul 3 petang dan 6 petang.

"Pertunjukan selama hampir satu jam itu membabitkan tiga ekor singa laut berusia lapan bulan yang berasal dari Amerika Selatan iaitu Jonny, Mary dan Ann.

"Selain itu, pengunjung juga disajikan dengan pertunjukan haiwan reptilia, burung dan persembahan kebudayaan Sabah dan Sarawak dikenali sebagai Wildlife Theatre Tribe," katanya di sini semalam.

Christie berkata, pertunjukan itu bukan sekadar menghiburkan pengunjung, malah turut menyelitkan pelbagai maklumat mengenai haiwan terbabit.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: