Monday, November 28, 2011

Amalkan kesederhanaan sosial – Tuanku Mizan


ABDUL SHUKOR dan isterinya, Puan Sri Ramah Abd Manan berkongsi kejayaan bersama anak-anak selepas menerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1433H di Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA – Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin bertitah menasihati semua rakyat negara ini agar sentiasa mengamalkan kesederhanaan sosial dalam setiap amalan mereka.

Baginda bertitah, kesederhaaan sosial dalam pelaksanaan sesuatu perkara secara berhemah, tidak bertindak secara melulu dan tidak pula menzalimi orang lain.

“Rakyat tidak sepatutnya memperbesarkan perselisihan yang kecil sebaliknya menyelesaikannya dengan cara yang terbaik,” titah baginda pada majlis sambutan Maal Hijrah 1433 peringkat kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: