Monday, November 28, 2011

Sendayu Tinggi ­buka cawangan baru


Cawangan baru

Sendayu Tinggi Holdings (M) Sdn Bhd, optimis mencapai sasaran dengan membuka sekurang-kurangnya tiga cawangan baru menjelang hujung tahun ini, sekali gus menjadi 28 cawangan di seluruh negara.

Tiga cawangan tersebut bakal dilancarkan bermula awal sehingga hujung Disember di Sungai Buluh, Pekan Baru, Alor Setar dan Satok, Sarawak.

Pengarah Eksekutifnya, Noorhayati Kamarzaman berkata, Sendayu Tinggi telah membuka sebanyak 25 cawangan termasuk satu di Sabah dalam tempoh hampir dua tahun.

“Sendayu Tinggi merupakan syarikat pertama Bumiputera yang membuka cawangan melengkapi keperluan pelanggan daripada minuman kesihatan sehinggalah produk kecantikan dalam satu kedai.

“Kos keseluruhan bagi membuka cawangan baru memerlukan modal RM250,000 sehingga RM300,000 me­ngikut lokasi dan keluasan kedai,” katanya ketika majlis pelancaran cawangan Sendayu Tinggi yang ke-25 di Seksyen 7, Shah Alam.

Menurutnya, Sendayu Tinggi berhasrat untuk menghasilkan pelbagai produk antaranya minyak wangi dan minu­man tambahan kecantikan selain menyediakan khidmat bungkusan perkahwinan sebagai hantaran pada masa akan datang.

Katanya, sempena pelancaran tersebut, Sendayu Tinggi menawarkan harga promosi sehingga 60 peratus kepada pelanggannya dan ahli kad kesetiaan.

Noorhayati berkata, pengunjung yang ingin menjadi ahli hanya perlu mendaftar di mana-mana cawangan dengan yuran RM25 untuk sepanjang hayat.

“Ahli akan mendapat keistimewaan dengan mengumpul mata ganjaran dan boleh menebusnya dengan pelbagai hadiah antaranya komputer riba, televisyen dan permainan kanak-kanak,” katanya.

Sendayu Tinggi juga menawarkan harga serendah RM9.90 bagi produk kosmetik, selain turut menyediakan bengkel solekan kepada pelanggan berminat.

Bising & Bingit Itu Cara Saya - Achey

Achey jangka cara mengacara program Gema Gegar Vaganza akan dikritik. PETALING JAYA:  Pelawak Achey memberitahu dia diminta oleh pi...