Saturday, November 26, 2011

Pertama di Indonesia

LANCAR...Gunther (tiga dari kiri), Syed Zainal (empat dari kiri) bergambar bersama pegawai Proton selepas majlis perasmian bilik pameran platinum pertama di Indonesia baru-baru ini.
LANCAR...Gunther (tiga dari kiri), Syed Zainal (empat dari kiri) bergambar bersama pegawai Proton selepas majlis perasmian bilik pameran platinum pertama di Indonesia baru-baru ini.

PROTON Edar Indonesia (Proton) melancarkan bilik pameran platinum pertamanya di Medan, Indonesia pada 20 November lalu bagi memperkukuhkan kedudukannya di pasaran negara itu.

Bilik pameran berkonsepkan 3S (jualan, servis dan alat ganti) dilancarkan secara rasmi oleh Pengarah Urusan Kumpulan Proton Holdings Bhd, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir. Hadir sama Presiden dan Pengarah Proton Edar Indonesia, Gunther Scherz.


Bilik pameran baru itu terletak di JI T Amir Hamzah No 41-C/43 – Medan 20117 mempunyai keluasan 1,200 meter persegi dan lima laluan servis bagi memudahkan pemilik kenderaan Proton mendapatkan perkhidmatan servis rutin seperti penyelenggaraan, membaik pulih selain perkhidmatan tayar dan membaik pulih sistem penghawa dingin yang beroperasi 24 jam.

Selain itu, Proton menyediakan tempat menunggu berkeluasan 200 meter persegi yang mampu menampung tujuh buah kenderaan dan perkhidmatan Internet serta televisyen untuk keselesaan pelanggan.


Model Proton semakin mendapat perhatian di pasaran Indonesia apabila Exora Star iaitu varian bagi Proton Exora memenangi anugerah dari MobilMotor magazine’s ICOTY (Indonesian Car of the Year) di bawah kategori Best Small MPV 2011 dan Best Budget MPV 2011 pada majlis Indonesia Automotive Award awal tahun ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: