Saturday, November 26, 2011

Pitbull mula kuasai Internet

MENYERLAH...aksi hebat vokal Marc Anthony bersama Pitbull membawakan lagu Rain Over Me.
MENYERLAH...aksi hebat vokal Marc Anthony bersama Pitbull membawakan lagu Rain Over Me.

KEHADIRAN semula ‘rapper’ paling seksi ketika ini, Pitbull bagi menjayakan konsert pertamanya di Malaysia pada 1 Disember ini pasti melakar fenomena baru kepada senario hiburan tempatan.

Kehebatan penyanyi rap kacukan Cuba-Amerika ini akan dapat disaksikan peminat apabila dia muncul dalam Pitbull Live In Concert di Surf Beach, Sunway Lagoon, Petaling Jaya.

  • Foto

    HEBAT...saksikan kehebatan Pitbull pada konsertnya di Surf Beach, Sunway Lagoon pada 1 Disember ini.

  • Foto

    BINTANG LATIN...aksi JLo dan Pitbull beraksi sewaktu American Music Awards di Nokia Theatre, Los Angeles, 20 November lalu.

Bukan itu saja, artis Malaysia terkenal dengan lagu What You Waiting For, Mizz Nina akan muncul selaku artis ‘opening act’ bersama Joe Maz dan Big Syphe.
Pastinya ia akan menjadi sebuah persembahan yang bertenaga.

Kehadiran Pitbull atau nama sebenarnya, Armando Christian Perez boleh dianggap evolusi terbaru dalam genre ‘lagu bercakap’ atau rap selepas era Vanilla Ice, sebelum kesinambungan diteruskan Eminem yang masih bertahan sebagai antara ‘rapper’ paling berjaya.

Populariti Pitbull, baru-baru ini tambah menyerlah apabila menjayakan persembahan hebat bersama Jennifer Lopez (J.Lo), Mary J Blige, Lil John dan Drake pada American Music Awards (AMA) ke-39 di Los Angeles.

Malah Pitbull turut dicalonkan dalam dua kategori, Favorite Male Artist kategori Pop atau Rock Music bersaing bersama Justin Bieber dan Bruno Mars.

Dia berada dalam pencalonan Favorite Artist in Latin Music dengan dicabar Enrique Iglesias dan J.Lo.

Apapun, statistik populariti untuk album terbarunya bertajuk Planet Pit tidak pernah menipu.

Tidak kira apa genre seseorang artis, laman YouTube membuktikan hakikat ini.

Jika kekerapan hit menyaksikan YouTube diambil kira, muzik video lagu Pitbull bertajuk Give Me Everything menampilkan Ne-Yo, Afrojack dan Nayer mencecah 177 juta hit.

Lagu Rain Over Me menerusi kolaborasi bersama Marc Anthony mencatat lebih 200 juta hit! Dua lagu terbabit mencipta sensasi tersendiri antara paling tinggi dalam laman sosial visual itu.

Album Planet Pit meletakkan Pitbull dalam kedudukan pertama dalam carta Billboard Hot 100 menerusi lagu Give Me Everything. Namun penyanyi berusia 23 tahun ini sukakan lirik lagu agak keras.

Apapun, kejayaan Pitbull hari ini sesuatu yang berbaloi kerana dia berusaha keras untuk membina nama dan menonjolkan rap dan muziknya.

Pitbull kini bintang latin paling menyinar dalam industri muzik Amerika Syarikat selain Marc Anthony, Enrique Iglesias dan J Lo. Tidak hairan jika mendapat gelaran ‘Mr Worldwide’.

Selain itu, Pitbull bergabung dalam album Planet Pit bersama J Lo menerusi lagu On the Floor, Enrique Iglesias (I Like It) dan Usher (DJ Got Us Fallin’ in Love). Dia juga mampu mengimbangi bakat hip hop dan kejayaan dalam pop.

Ini adalah kunjungan kedua Pitbull selepas dijemput pada satu persembahan khas di Malaysia, Mei tahun lalu.

Dulu, ibu bapanya yang berketurunan Cuba pernah memberi pendedahan kepada Pitbull dengan mendeklamasi sajak seorang profesor dan ahli intelektual Cuba, Jose Marti.
Sebelum menjadi ‘rapper’ berjaya, Pitbull pernah berdepan masalah. Satu daripadanya, rap sering dikuasai penyanyi kulit hitam seperti Puff Diddy atau Ne-yo sedang�kan dia bermata biru berketurunan Cuba-Amerika.

Pengaruhnya banyak datang daripada genre hip-hop Miami bass dengan menjadikan Celia Cruz dan Willy Chirino sebagai sumber inspirasi terhadap muziknya selama ini.

Bagi persembahan di Sunway Lagoon, tiket kini boleh dibeli melalui Rock Corner KLCC, Subang Parade, The Gardens, Midvalley Megamall, The Curve, Victoria Music Centre dan The Guitar Store.

Tiket itu berharga RM398 bagi VIP termasuk koktel, RM298 (Mosh Pit), RM198 (Party Zone) dan tiket biasa berharga RM138.

Untuk sebarang pertanyaan, peminat boleh menghubungi ticketpro Hotline di talian 03-7880 7999.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: