Wednesday, November 9, 2011

Minggu fesyen BDA


Mahani Awang (tiga dari kanan) bersama sebahagian para pereka fesyen yang mengambil bahagian dalam BDA/MIFW 2011.


SERAMAI 50 pereka fesyen bumiputera daripada Persatuan Pereka Bumiputera (BDA) akan mempersembahkan fesyen rekaan mereka pada majlis Minggu Fesyen Antarabangsa Malaysia (MIFW) yang akan diadakan pada 22 November ini di Kuala Lumpur.

Setiap seorang pereka akan mempersembahkan koleksi antara enam hingga 10 pasang seorang bagi rekaan yang sedia untuk dipakai (ready to wear) atau haute couture.

Program sehari tersebut dibahagikan kepada empat segmen, iaitu Pertunjukan Pagi, Pertunjukan Tengah Hari, Hi-Tea dan Pertunjukan Gala. Pada setiap segmen turut diselitkan persembahan istimewa, Untuk Pertunjukan Gala, BDA turut menjemput Noni Rynders, pereka Malaysia yang kini menetap di United Kingdom.

Presiden BDA, Mahani Awang berkata, banyak nama besar dan dikenali dalam industri fesyen akan turut serta seperti Datuk Radzuan Radziwill, Salikin Sidek, Jovian Mandagie, Bon Zainal, Faizal Hamid dan Rahman Saif.

''Selain fesyen pakaian, pertunjukan BDA/MIFA tahun ini akan disertai oleh pereka beg tangan couture Sasha Rowena, Tengku Nadia dengan koleksi beg tangan eksklusif Saku dan Zetty yang dikenali dengan jenama kasut Sepatu London yang kini menempa nama di London dan Malaysia.

"Kemuncak program Gala Show ini ialah penyampaian Award BDA 2011 yang merupakan pengiktirafan BDA kepada individu, syarikat atau mereka yang telah memainkan peranan penting dalam mempromosi industri fesyen tanah air dan luar negara.

Award ini dibahagikan kepada lima kategori dan satu kategori eksklusif,'' ujar Mahani yang ditemui pada majlis sidang akhbar BDA mengumumkan penyertaan pereka fesyen, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Katanya, BDA turut menganjurkan peraduan rekaan fesyen sempena BDA/MIFW 2011 yang dinamakan Pencarian Pereka Muda BDA 2011.

Peraduan itu diadakan bagi mencari bakat baru dalam dunia rekaan fesyen dan kini telah memasuki tahun ketiga.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: