SYED MOHAMED bertukar dokumen perjanjian dengan wakil Qingdao Zhuoyuan Investment, Yang Han Qing sambil diperhatikan Muhyiddin di Kuala Lumpur, semalam.
ISKANDAR Investment Bhd (IIB), pemangkin projek pembangunan Iskandar Malaysia memperoleh pelaburan hartanah bernilai RM2.5 bilion daripada Qingdao Zhouyuan Investment Holdings, iaitu anak syarikat kepada pemaju hartanah berpangkalan di Hebei, China, Zhouda Real Estate Group.
Majlis disaksikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, diadakan sempena Forum Ekonomi China Dunia yang ketiga.
Perjanjian rangka kerja pertama adalah usaha sama antara IIB dan Qingdao Zhuoyuan untuk memajukan projek kediaman seluas 7.26 hektar di Utara Medini, berhampiran LEGOLAND Malaysia.
Nilai jualan keseluruhan (TSV) projek itu yang mana 80 peratus adalah dimiliki Qingdao Zhouyuan ialah RM157.6 juta dengan anggaran pelaburan mencecah RM1.2 bilion.
Perjanjian rangka kerja kedua pula adalah jualan plot secara pajakan seluas 3.9 hektar, juga di Medini.
Qingdao Zhouyuan akan mewujudkan pembangunan penggunaan bercampur di tapak itu, yang mempunyai TSV RM70.8 juta dan jumlah anggaran pelaburan RM520 juta.
"Pelaburan Qingdao Zhouyuan di Medini, jelas menunjukkan keyakinan syarikat itu dalam potensi pertumbuhan Iskandar Malaysia dan IIB sebagai rakan pelaburannya untuk merebut peluang di Asia Tenggara," kata Syed Mohamed.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: