Sunday, November 13, 2011

Dhani pening anak nakal


AHMAD DHANI


PENYANYI dan komposer Ahmad Dhani melepaskan rasa geram terhadap anak bujangnya yang sedang meniti usia remaja.

Ahmad Dhani dalam akaun Twitter miliknya menulis: "Lebih baik ibu tidak merokok di depan anak' dan Aku tidak merokok dan juga tidak dugem (ke kelab malam)."

Tindakan Ahmad Dhani itu berikutan sejumlah gambar anak sulungnya, Ahmad Al Ghazali tersebar di laman sosial Facebook baru-baru ini.

Gambar tersebut menunjukkan Ahmad yang dipanggil Al dirakam memegang botol arak dan merokok di sebuah parti Halloween yang diadakan di rumah ibunya, Maia Estianty.

Al dipercayai mengadakan parti liar di rumah ibunya pada pukul 7 hingga 11 malam semasa Maia tiada di rumah.

Menurut Maia: "Saya tidak bertanyakan Al adakah dia mendapat izin Dhani atau tidak. Saya memang tidak ada di rumah masa itu. Saya hanya menyediakan makanan, bangku dan minuman kotak."

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: