Tuesday, November 1, 2011

Cinta Raffi, Yuni putus

RAFFI mengaku mereka banyak perbezaan.
RAFFI mengaku mereka banyak perbezaan.

JAKARTA: Raffi Ahmad akhirnya mengaku pernah menjalinkan hubungan dengan Yuni Shara dan sekarang hubungan mereka sudah putus.

Pengacara rancangan DahSyat itu mengaku, mereka berdua memang banyak perbezaan.

“Kami memang banyak perbezaan. Apatah lagi dari segi usia, kami berbeza 15 tahun,” kata Raffi ketika ditemui selepas mengacarakan rancangan DahSyat di Studio RCTI, Jakarta, semalam.

Ahli kumpulan BBB itu juga menafikan berita yang mengatakan sifatnya yang keanak-anakan dan berperangai boros.


Dia berkata, dia sentiasa serius ketika berpacaran dengan ibu kepada dua orang anak itu.


“Susah untuk cakap. Saya tidak keanak-anakan. Kalau saya bersikap begitu, bagaima hubungan kami boleh bertahan selama tiga tahun?” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: