Monday, December 13, 2010

Suzuki Smash V115, pecutan lebih dinamik


Para wakil media bergambar bersama Pengarah Urusan Suzuki, Toru Kobayashi (tengah) sebelum memulakan sesi pandu uji dan tunggangan lasak di Pulau Pinang baru-baru ini.


ENAMA Suzuki di pasaran tempatan boleh dikatakan agak ketinggalan jika dibandingkan dengan jenama lain seperti Modenas, Yamaha dan Honda.

Bagaimanapun, jenama yang cukup popular sekitar tahun 90-an itu kini kembali dengan rekaan yang lebih dinamik selain memperbaharui prestasi pecutannya.

Model moped terbarunya, Suzuki Smash V115 direka dengan keistimewaan tersendiri dan ia terletak pada enjin empat lejang yang telah dipertingkatkan.

Secara tidak langsung, ia menjadikan model itu sebagai motosikal paling laju berbanding pesaing sekelasnya.

Malah moped itu mencapai prestasi pecutan terbaik dengan catatan 13.29 saat (0 - 200 meter).

Suzuki Smash V115 juga menawarkan penjimatan sehingga 50.2 kilometer bagi setiap liter (km/l) bahan api. Sedangkan pesaing terdekatnya hanya mampu mencatat 40.5 km/l.

Sementara itu, sistem Pulsed Secondary Air Injection (PAIR) mengurangkan tahap pengeluaran asap berbahaya seperti karbon monoksida (CO) dan hidro karbon (HC) menjadikannya sebuah motosikal yang lebih mesra alam.

Bagi tunggangan lancar, enjinnya dipadankan dengan kotak gear empat kelajuan yang mudah dikendali.

Malah penampilan model tersebut agak berbeza kerana ia ditampilkan dengan reka bentuk lebih sporty seperti model Suzuki GSX-R.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: