Tuesday, December 28, 2010

Dakwa universiti markas militan


UNIVERSITI tempatan kini didakwa sesetengah pihak sebagai sarang pembiakan militan. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Beberapa pakar keselamatan mendakwa universiti di negara ini dilaporkan telah menjadi tempat militan Islam merekrut golongan muda menyertai rangkaian pengganas.

Mereka mendakwa, kawalan longgar dan tiada serangan pengganas di negara ini menjadi punca pembiakan golongan itu untuk melancarkan jihad berbanding Indonesia dan Thailand.

Dakwaan itu disokong dengan keterangan daripada suspek yang ditahan mengatakan mereka menjadikan negara ini sebagai markas mendapatkan ahli dan tempat melancarkan serangan.

"Ancaman pengganas kepada Malaysia amat membimbangkan kerana ada yang datang ke negara ini sebagai penuntut.

"Mereka di bawah radar supaya mereka boleh merekrut dan mewujudkan rangkaian pengganas," kata Timbalan Ketua Pusat al-Quran dan Ilmu Teras Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Zamihan Mat Zin kepada agensi berita AFP semalam.

Pada Jun lalu, pihak berkuasa menghantar pulang seorang sarjana Syria, Aiman Al Dakak, 45, bersama lapan lagi yang kebanyakannya merupakan pelajar asing dari Syria, Yemen, Nigeria dan Jordan yang telah dikaitkan dengan Al-Qaeda.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: