
PENGACARA terkenal Oprah Winfrey diistiharkan sebagai artis yang mempunyai pendapatan tertinggi di Hollywood tahun ini.
Berdasarkan senarai yang dibuat oleh Forbes, wanita berusia 56 tahun ini menduduki tangga pertama dengan pendapatan sebanyak RM 973 juta. Diikuti sutradara James Cameron di tempat kedua iaitu sebanyak RM648 juta.
Selain itu, tempat ketiga dan keempat diduduki oleh Tyler Perry dan pengarah terkenal Michael Bay. Seterusnya ialah pemain golf dunia Tiger Woods.
Bintang-bintang lain yang tersenarai ialah Beyonce, Simon Cowel, Britney Spears, Madonna, Sandra Bullock, Miley Cirus dan Taylor Swift.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: