NEW YORK - Seorang lelaki berusia 55 tahun, Hassan Malik mengaku membunuh seorang pelacur, Betty Williams dengan menggunakan kuali dan wayar elektrik, lapor sebuah akhbar semalam.
Menurut sumber penguat kuasa undang-undang, Hassan mengaku melakukan perbuatan itu selepas pelacur yang dilanggannya didapati mencuri wang di apartmennya.
Dia ditangkap tengah hari kelmarin dan ditahan tanpa dibenarkan ikat jamin.
Sebelum ini rakaman kamera litar tertutup (CCTV) merakamkan seorang lelaki membawa sebuah beg yang mengandungi mayat pelacur itu di sebatang jalan raya di sini pada 22 Disember lalu.
Selepas, gambar CCTV itu disiarkan media, Hassan ditangkap polis.
Menurut pengakuan Hassan, dia memukul Williams dua kali dengan kuali setelah wanita itu memukulnya terlebih dahulu.
Selepas memukulnya, lelaki itu menjerut leher pelacur tersebut dengan menggunakan wayar elektrik menyebabkan dia mati.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: