ISU tahap kesihatan selebriti menjadi satu topik yang hangat baru-baru ini di Korea Selatan. Disebabkan jadual yang padat dan tidak cukup rehat, hospital sudah menjadi rumah kedua.
Bukan satu perkara yang pelik untuk pelakon atau penyanyi berkumpulan berada di hospital kerana penghidratan dan di memasukkan air dalam badan mereka.
Aktres popular Yoon Eun Hye turut tidak terkecuali daripada masalah kesihatan apabila dia sendiri memuat naik gambarnya terlantar di katil hospital sambil air dimasukkan ke dalam badannya di akaun laman Twitter miliknya.
Pada 26 Disember lalu, Eun Hye menulis di Twitter: "Saya tidur selama tiga jam di hospital ketika mendapatkan rawatan sebelum pergi ke set penggambaran filem My Black Minidress dalam keadaan kurang sihat.
"Kami terus menjalani penggambaran seperti biasa, tetapi selepas babak pertama, pengarah memberitahu saya tidak sepatutnya bekerja. Ini kali pertama saya membatalkan penggambaran kerana sakit.
"Perkara ini membuatkan saya menangis dan rasa bersalah kepada semua krew penggambaran. Saya sepatutnya tidak sakit."
Beberapa jam kemudian, Eun Hye menambah: "Air sedang dimasukkan ke dalam badan saya supaya saya segera lebih sihat . Saya akan tidur di hospital malam ini dan akan bertambah sihat. Esok pagi saya bangun dan kembali sihat dan kuat seperti biasa. Sila doakan kesihatan saya dan kejayaan drama My Black Minidress."
Filem My Black Minidress dijadualkan menemui penonton sekitar bulan Mac tahun depan dan turut dibintangi oleh Park Han Byul, Cha Ye Ryun, Yoo In Na dan Lee Yong Woo.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: