Tuesday, December 28, 2010

Penutup Konsert Gemuruh DT dibanjiri 15, 000 penonton



SETELAH kejayaan Konsert DiGi Gemuruh Double Trouble (DT) di Tapak Ekspo Seberang Jaya, Pulau Pinang pada 18 Disember lalu yang dihadiri lebih 7,000 peminat, Search dan Wings sekali lagi menampilkan persembahan mantap dengan disaksikan lebih 15, 000 peminat di Surf Beach, Sunway Lagoon.

Konsert yang dibawakan khas oleh RYE Production Sdn. Bhd serta mendapat tajaan syarikat gergasi, Digi Telecommunication Sdn Bhd (DiGi) ini sememangnya akan menjadi satu kenangan yang tak akan dilupakan sampai bila-bila oleh peminat kepada dua kumpulan lagenda rock negara, Wings dan Search.

Menurut Awie, Double Trouble akan diteruskan pada epan dan destinasinya pula dijangka akan tiba di Sarawak iaitu Miri dan Kuching serta Singapura.

Wings dan Search ditemui pada sidang media selepas konsert yang berlangsung lebih 2 jam setengah itu. Konsert gemilang ini dipersembahkan dengan penuh tenaga oleh kedua-dua kumpulan dan nyata faktor umur tidak menghalang mereka dari menampilkan persembahan terbaik.

Lebih 20 lagu dipersembahkan antaranya Pawana, Rozana, Palesit Kota, Gothik Malam Edan dan banyak lagi lagu popular oleh kumpulan Search manakala Wings menyampaikan lagu Sejati, Tamingsari, Taman Rashidah Utama dan banyak lagi.

Tidak dilupakan gabungan mantap mereka menerusi lagu Gemuruh iaitu lagu tema buat peminat Double Trouble yang melayakkan mereka menerima anugerah platinum berkembar atas kejayaan album itu yang terjual sebanyak 180,000 unit sekitar 1992.

Malah, sebagai tanda persembahan penutup tirai 2010 memberi nafas segar dan, sebanyak lapan lagu persembahan Search dan Wings akan diiringi dengan ‘assemble string’ para pemuzik profesional.

Tidak ketinggalan sebagai tanda penghormatan untuk Search dan Wings, Azlan & The Typewriter, Hillary Ang dan Sham Wings akan bergabung dan membuat persembahan pembukaan pada konsert itu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: