Wednesday, December 29, 2010

Pelakon Upik Abu dan Laura berhenti berlakon


CINTA LAURA KIEHL


JAKARTA - Bintang sinetron Upik Abu dan Laura, Cinta Laura Kiehl berhasrat untuk meninggalkan dunia hiburan kerana mahu berhijrah ke Amerika Syarikat, lapor sebuah akhbar semalam.

Aktres berusia 17 tahun itu yang dilahirkan di Jerman menyatakan, dia merancang untuk menyambung pelajaran ke AS pada tahun depan.

"Saya cuma tinggal satu semester lagi. Jadi, setelah tamat sekolah tinggi, saya akan ke AS untuk melanjutkan pelajaran," kata Cinta dengan loghat Inggerisnya ketika diwawancara di sini semalam.

Menurutnya, keputusan berhijrah ke AS adalah muktamad.

"Saya baru mencari kolej yang sesuai di AS. Sekiranya diterima, barulah saya akan ke sana (AS)," ujarnya.

Kata Cinta, dia tetap dengan keputusan tersebut walaupun terpaksa meninggalkan karier lakonan yang dibinanya selama ini.

"Berlakon itu cuma hobi, walaupun saya pasti merindui peminat-peminat saya. Bagi saya pelajaran adalah lebih penting.

"Walaupun pada 2011 saya aktif dalam dunia hiburan, saya memilih untuk menyanyi dan tidak akan berlakon lagi," tambahnya.

Bapa Cinta, Michael Kiehl berasal dari Jerman manakala ibunya seorang peguam di Indonesia.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: