Wednesday, December 29, 2010

Klinik Bot Bergerak tahun depan


SELEPAS pengenalan Klinik 1Malaysia dan Klinik Bergerak 1Malaysia, kerajaan merancang untuk memperkenalkan Klinik Bot Bergerak. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan akan memperkenalkan Klinik Bot Bergerak hibrid untuk memberikan perkhidmatan kesihatan ke kampung-kampung yang dihubungkan melalui sungai di Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata, langkah itu bertujuan memastikan rakyat dapat menikmati kesihatan yang lebih baik dan menerima pemeriksaan perubatan, ubat dan nasihat.

"Saya yakin bahawa dalam usaha kami mencapai negara maju dan berpendapatan tinggi dan dalam semangat inklusif, kami tidak akan melupakan mereka yang serba kekurangan.

"Kami akan masuk ke hutan rimba dan menyusuri sungai-sungai terpanjang dan mendaki gunung tertinggi untuk memastikan semuanya bergerak seiring sebagai sebuah negara.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: