Wednesday, December 29, 2010

Penjenayah parah ditembak


ANGGOTA polis memeriksa kereta Perodua Kancil yang dinaiki seorang pengedar dadah selepas dia ditembak di leher dalam kejadian di Kepong semalam.


KUALA LUMPUR – Tindakan nekad seorang pengedar dadah untuk melarikan diri membawa malang kepada empat individu apabila dua daripada mereka parah selepas dirempuh kereta yang dinaiki suspek dalam kejadian dekat Blok E, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Intan Baiduri, Kepong di sini semalam.

Kejadian pukul 11.15 pagi itu mengakibatkan seorang wanita berusia 36 tahun melecur di kaki terkena ekzos kereta jenis Perodua Kancil yang dipandu suspek dan seorang lagi wanita berusia 55 tahun patah tangan kanan dan cedera di kaki.

Turut cedera ringan ialah seorang ibu berusia 40 tahun dan anak lelakinya berusia sembilan tahun.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: