Thursday, December 30, 2010

Warga emas mati dipukul


Jiran mengunjungi rumah Perumal (gambar kecil) yang dibunuh selepas disamun di Taman Gopeng Jaya, Ipoh semalam.


GOPENG - Bukan sekadar disamun malah seorang warga emas turut dipukul sampai mati menggunakan besi paip oleh sekumpulan penjenayah yang memasuki rumah mangsa di Taman Gopeng Jaya di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kampar, Supritendan Abdul Aziz Salleh berkata, semasa kejadian pada pukul 2.30 pagi hanya mangsa, V. Perumal, 67, dan isterinya yang berusia 60-an berada di rumah teres itu sebelum rumah pasangan itu diceroboh empat lelaki yang menutup muka masing-masing menggunakan tuala.

Dua daripada empat penceroboh itu bersenjatakan sebatang besi paip dan pisau.

"Perumal kemudian diikat kedua-dua belah kaki dan tangan manakala isteri Perumal pula diugut dengan sebilah pisau," kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.

Menurut beliau, Perumal kemudian dipukul beberapa kali menggunakan batang besi paip selepas mangsa dipercayai enggan memberi kerjasama untuk menyerahkan barang kemas kepada penjenayah itu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: