Thursday, December 30, 2010

PIA dinaik taraf demi keselesaan


AZMI menunjukkan kerja-kerja naik taraf PIA di Bayan Lepas yang sedang giat dijalankan pada sesi lawatan media di George Town semalam.


GEORGE TOWN – Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PIA) yang sedang dinaik taraf dengan kos RM250 juta dijangka mampu menampung sehingga lima juta penumpang apabila siap pada Jun 2012.

Pengurus Besar Kanan (Operasi) Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB), Datuk Azmi Murad berkata, kerja-kerja menaik taraf yang bermula Jun lalu melibatkan tiga fasa utama dan kini telah 14 peratus siap.

“Fasa pertama melibatkan infrastruktur utama dan utiliti, manakala fasa kedua dan ketiga masing-masing membabitkan penaiktarafan bangunan utama terminal dan kemudahan di kawasan kapal terbang,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan taklimat ringkas sempena lawatan media mengenai perkembangan projek naik taraf PIA di sini semalam.

Menjelas lanjut, beliau berkata, kerja-kerja menaik taraf ini juga bertujuan untuk memaksimumkan jumlah penumpang khususnya ketika waktu puncak iaitu dari 1,300 ke-2,000 penumpang setiap jam dan menambah bilangan lot tempat letak kereta dari 1,200 kepada 2,000.

“Tempat tuntutan bagasi juga ditambah daripada tiga kepada enam, menambah bilangan laluan di bahagian menurunkan penumpang di balai berlepas daripada dua kepada empat dan meningkatkan jumlah tandas awam yang ada,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: