|
|
PENYANYI terkenal dengan lagu Beautiful Monster, Ne-Yo yang menjadi bapa kepada bayi perempuan, Madilyn Grace awal bulan lalu mengaku dia tidak akan mengahwini wanita yang sekadar mencintai kemasyhuran dan kemewahannya sebagai selebriti.
Dalam nada tegas, Ne-Yo memberitahu, dia ingin mengelak daripada bertemu wanita kaki kikis terutama individu yang rela menggadai maruah sendiri demi mendapatkan apa yang dihajati.
Ia menjadi perkara paling dibenci oleh jejaka itu selama ini.
“Saya tidak memerlukan teman wanita yang hanya ingin meminta wang bagi membayar sewa rumah.
“Bayangkan, ibu saya memiliki enam pekerjaan serentak sebelum ini semata-mata mahu memastikan saya dan adik-beradik membesar dalam keadaan selesa.
“Saya lebih menghargai wanita yang sentiasa bekerja keras macam ibu. Saya cukup bencikan wanita yang hendak mengikis dan boros berbelanja,” jelasnya.
Meskipun Monyetta Shaw merupakan ibu kepada Madilyn, Ne-Yo atau nama penuhnya Shaffer Smith itu bagaimanapun awal-awal lagi membuat pengakuan bahawa wanita tersebut bukan teman wanitanya kerana dia tahu siapa individu terbaik untuk dijadikan calon isteri.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: