PENYANYI Korea Selatan yang baru bergelar suami, Jo Sung Mo tampil menepis segala khabar angin tentang pergolakan rumah tangganya yang tersebar di Internet.
"Saya ingin menjelaskan bahawa segala yang diperkatakan itu adalah tidak benar," katanya.
Sung Mo berkata, konflik suami isteri adalah perkara biasa dalam kehidupan sekarang dan dia mampu mengawal situasi tersebut. Bagaimanapun, katanya, skandal yang diperkatakan hanyalah rekaan.
Dalam pada itu, Sung Mo percaya perkahwinan mereka yang dianggap tergesa-gesa oleh banyak pihak adalah keputusan yang tepat dan bukan disebabkan isterinya, Goo Min Ji hamil luar nikah.
Min Ji ialah bekas pelakon dan model yang sekarang melanjutkan pelajaran dalam bidang reka cipta.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: