|
|
KEKAL dengan sikap berpijak di bumi nyata, penghibur terkenal, Beyonce pada waktu sama tidak pernah sesekali menjauhi tuhan yang membentangkan laluan indah dalam hidupnya.
Malah, setiap masa, dia bersyukur dengan setiap kurniaan daripada sang pencipta.
Tidak hanya itu, Beyonce menganggap bakat seni yang dimilikinya berhasil mendatangkan kemewahan melimpah-ruah sekali gus dicemburui oleh orang lain yang mahukan anugerah sama. Namun, dia tidak mudah lupa diri.
“Saya percaya tuhan beri bakat ini atas alasan tertentu. Kerana itulah, saya sentiasa mengingati pemberian cukup bernilai ini.
“Tambahan pula setiap manusia di muka bumi inginkan kesenangan hidup.
“Cuma hingga ke saat ini, saya masih tertanya-tanya kenapa tuhan memilih saya untuk bergelumang dengan kemasyhuran dan kekayaan,” katanya bersungguh-sungguh.
Beyonce yang mengahwini penyanyi hip hop, Jay-Z juga mendedahkan bahawa dia belum bersedia untuk punya cahaya mata dan bergelar ibu.
Buat masa ini, kerjaya seni ingin diutamakan lantas mahu meraih kejayaan lebih banyak pada masa depan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: