|
|
Pelajar Diploma Kejururawatan ini tidak melepaskan peluang apabila ditawarkan kerja sambilan sebagai model. Mahu membahagikan masa secara bijak, Natasha Razali seronok menambah duit poket sendiri walaupun sibuk dengan jadual pengajian Diploma Kejururawatan.
Meminati gaya retro, wanita berusia 22 tahun ini tampil menawan dengan kebaya mengikut potongan badan. Dia bijak memberi gaya tanpa rasa kekok. Keistimewaan ini banyak memberi dia peluang mendapat tempahan fotografi dan gadis usher (pengiring).
Sebagai remaja yang meningkat dewasa, Natasha juga amat meminati fesyen khususnya tentang solekan dan busana.
“Saya minat membeli-belah khususnya baju-baju terkini. Saya juga suka menyolek wajah rakan-rakan. Pendek kata, saya amat menitik beratkan tentang penampilan dan kecantikan,” jelasnya ditemui selepas memenangi pertandingan solekan anjuran agensi model, Anna Sha.
Berkongsi resipi penjagaan diri, Natasha mengamalkan rutin penjagaan wajah yang ringkas termasuk membasuh muka sebelum tidur sejak awal remaja lagi.
Selain itu, Natasha mengambil suplemen vitamin dan berjoging jika mempunyai kelapangan masa.
Tidak pernah melupakan aspek wangian diri, Natasha sukakan haruman manis dan segar seperti buah-buahan.
Baginya, wangian seperti One Drop Perfumes mempunyai kelebihan kerana tahan lama dan harum seperti minyak wangi jenama antarabangsa.
“Mereka yang beragama Islam juga lebih mudah memakai wangian ini kerana tidak perlu lagi was-was,” bicara remaja yang gemar lepak bersama rakan-rakan untuk berkongsi idea dan cerita.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: