Monday, December 13, 2010

Keindahan musim bunga di Korea


SEKITAR Myeong-dong.


Kita mungkin pernah menjadi peminat setia drama percintaan, Winter Sonata. Ketika itu kita terbayangkan keindahan dan kecantikan Pulau Nami di Korea Selatan yang menjadi salah satu lokasi utama penggambaran drama tersebut.

Tempat ini menjadi saksi cinta dua insan, Ju-sang dan Yu-jin terbukti apabila mereka saling melahirkan perasaan kasih sayang yang selama ini tersembunyi sejak di bangku sekolah.

Taman indah pulau berbentuk sehelai daun yang terapung di atas Tasik Cheongpyeop itu seakan-akan menjadi saksi cinta murni mereka yang jika boleh mahu kekal selama-lamanya.

Keindahan pulau yang mengambil sempena nama seorang panglima perang Korea Selatan, Jeneral Nami itu jelas sekali dirasai oleh rombongan yang menyertai pakej enam hari, empat malam ke Seoul, Korea dan Saigon, Vietnam.

Sebelum tiba menikmati keindahan musim bunga di Korea, pengunjung tiba di Saigon dan berpeluang membeli-belah di sana.

Kebanyakan pelancong yang mengikuti rombongan ini tidak akan melepaskan peluang untuk melawat bandar Saigon sebelum terbang ke Korea.

Pertama kali melangkah ke Incheon, Korea, rombongan disambut mesra oleh wakil Poto Travel & Tours Sdn. Bhd.

Hati teruja apabila rombongan dibawa ke lokasi pengambaran filem 'Winter Sonata' iaitu Nami Island. Seperti berada di pulau cinta, suasana romantik dan nyaman menyambut kedatangan rombongan.

Keesokan harinya, rombongan akan berangkat ke Everland yang merupakan taman tema tercantik di Korea. Ia seakan-akan dunia perfileman di Gold Coast, Australia.

Lawatan tanpa membeli-belah pasti tidak menyeronokkan. Justeru itu, rombongan tidak melepaskan peluang membeli-belah di pasar terkenal di Korea, Namdaemun Market. Tempat ini terkenal dengan jualan kerongsang wanita yang sering menjadi tumpuan penggemar aksesori ini. Pada keesokan harinya, lawatan dimulakan ke Istana Kyongbok. Ia dibina pada tahun 1394 iaitu tahun ketiga Dinasti Chusun dan merupakan istana utama raja.

Selepas itu, rombongan akan melalui kediaman Presiden yang dikenali sebagai Blue House.

Bagi peminat bunga sakuran, lawatan ke Yeudo Street pasti tidak dapat dilupakan. Sebelah petangnya, kunjungan ke National Ginseng Outlet dan Amethyst Factory (batu berwarna ungu) merakamkan memori indah pengunjung yang pertama kali datang ke Korea.

Sebelum berangkat pulang ke Malaysia, romongan sekali lagi singgah di Saigon. Kali ini, mereka berkesempatan membeli-belah di saat akhir di Ben Than Market. Tawar-menawar tidak lupa dilakukan untuk mendapatkan harga termurah dan terbaik.

Dalam pada itu, Poto Travel & Tours akan menawarkan pakej pelancongan ke Korea Selatan dan Beijing, China dalam satu pakej istimewa.

Pakej tersebut amat sesuai untuk percutian bagi keluarga terutamanya musim cuti persekolahan April atau Mei depan kerana iklim di Korea pada masa itu cukup menarik dengan ketibaan musim bunga.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: