Sunday, December 5, 2010

Freida nafi jauhi Bollywood


FREIDA


JELITAWAN yang masyhur dengan Slumdog Millionnaire menegaskan dia tidak keberatan untuk menghangatkan sinema Bollywood jika ditawarkan naskhah skrip yang baik dan benar-benar memukau perhatiannya.

Aktres berusia 26 tahun yang berasal dari Mumbai itu sebelum ini enggan menjadi sebahagian daripada bintang yang berkerdipan di Bollywood.

Selama dikenali sebagai pelakon, Freida banyak terlibat dengan projek filem oleh pengarah luar selain Bollywood.

Di mindanya, dia mahu membuktikan skeptikal Barat bahawa filem Bollywood tiada isu selain nyanyian dan tarian.

Baru-baru ini, dia muncul di karpet merah Festival Filem Antarabangsa India yang berlangsung di Goa.

Dalam masa yang sama, Freida sedang dalam promosi filem terbarunya, You Will Meet a Tall Dark Stranger arahan Woody Allen.

Freida memberitahu dia menjadi peminat filem-filem seperti Sholay, DDLJ, Dev D dan Khosla Ka Ghosla sejak sekian lama. Dia juga menunjukan keterujaan untuk bekerja dengan pembikin filem bebas di India seperti Anurag Kashyap.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: