Monday, June 21, 2010

Julai penentu nasib tertuduh


KOK SIONG keluar dari Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu selepas kesnya ditangguhkan semalam.


KUALA TERENGGANU – Mahkamah Sesyen di sini semalam menetapkan 4 Julai ini sama ada perlu memanggil seorang pemilik bengkel membela diri atas pertuduhan memalsukan dokumen tuntutan berhubung penyelenggaraan Proton Perdana V6 Executive milik kerajaan negeri tiga tahun lalu.

Hakim M. Bakri Abd. Majid memutuskan demikian setelah mendengar hujah pihak pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Fariza Hamzah dan peguam bela tertuduh, Karpal Singh.

Karpal mewakili Tor Kok Siong, 54, yang dituduh membuat tuntutan tersebut yang kesemuanya bernilai RM72,230.73 bagi tujuan penggantian kotak gear lima buah Perdana V6 antara November 2006 hingga Jun 2008, sedangkan kotak gear itu adalah yang asal dan tiada penggantian dilakukan.

Kok Siong, pemilik bengkel kereta di Jalan Bukit Kechil di sini menghadapi empat tuduhan membuat tuntutan palsu bernilai RM72,230.73.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: