Monday, June 7, 2010

Dipilih Ikon Belia Perak - Shahir Mahu Jadi Contoh

Shahir menyalami ibunya, Mahanum Osman sambil diperhatikan oleh bapanya, Zawawi Abdullah ketika sampai di rumahnya di Kampar pada Sabtu lalu.

KEJUARAAN Shahir dalam Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) baru-baru ini lebih berganda apabila dia dianugerahkan Ikon Belia Negeri Perak 2010 sempena Sambutan Perhimpunan Hari Belia Negara semalam.

Anugerah tersebut disampaikan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir di Arena Square, Teluk Intan.

Bapa Shahir, Zawawi Abdullah mencium pipi anaknya.

Pemilihan Shahir atau nama sebenarnya Ahmad Shahir Zawawi berdasarkan kejayaan yang telah ditunjukkan bukan sahaja dalam bidang hiburan sebaliknya aktif ketika di bangku sekolah.

Malah kemenangannya dalam AF8 turut menjadi kebanggaan rakyat negeri Perak.

Ketika di sekolah menengah, Shahir pernah merangkul banyak kejayaan sehingga ke peringkat negeri seperti johan qari sekolah-sekolah (2004) dan tempat ke tiga pertandingan bola sepak (2005).

Shahir diapit oleh kedua-dua ibu bapanya serta ahli jawatankuasa kelab peminat Shahir FC.

Shahir dan rakan-rakannya juga pernah muncul johan pertandingan nasyid sekolah-sekolah.

Katanya, setelah terpilih sebagai Ikon Belia Perak, dia akan cuba membela nasib belia-belia khususnya di Perak dan memberikan teladan yang baik agar menjadi contoh kepada mereka.

“Saya akan cuba membantu para belia meningkatkan jati diri. Namun, saya juga insan biasa seperti mereka dan tidak maksum. Tetapi saya mahu menjanjikan yang terbaik,” katanya ketika diraikan pada majlis kenduri doa selamat anjuran kelab peminat Shahir FC dan keluarganya di Taman Bandar Baru, Kampar, Perak, kelmarin.

Ketika mengaminkan doa tanda kesyukuran.

Majlis itu diadakan penuh meriah apabila dia disambut bagaikan seorang wakil rakyat oleh kira-kira 200 orang peminat.

Ia merupakan saat indah bagi Shahir kerana itulah kali pertama dia menjejakkan kaki ke kampung halaman selepas berakhirnya AF8.

Mahanum menyuap pulut kuning ke mulut Shahir.

Walaubagaimanapun, Shahir sempat memohon maaf kerana majlis yang sepatutnya berlangsung selepas Asar itu lewat sejam daripada waktu yang dijanjikan.

Bekas pengetua AF8, Norman Abdul Halim (kiri) turut dijemput hadir ke majlis tersebut.

“Saya ingin memohon maaf kepada semua yang menantikan kepulangan saya pada hari ini (kelmarin) kerana terlambat disebabkan sedang menjalani rakaman untuk program Diariku…Shahir.

Sesi memotong kek yang dihadiahkan oleh Shahir FC.

"Saya sangat menghargai semua peminat. Sesungguhnya merekalah yang membawa saya sehingga ke tahap ini sekarang,” katanya penuh semangat sambil diapit ibu dan bapanya, Zawawi Abdullah, 54, dan Mahanum Osman, 45. Selain itu, tiga adik Shahir iaitu Ahmad Safuan, 18, Nur Suaidah, 15, dan Ahmad Syahmi, 14, turut berada di sisi abang sulung mereka.

Shahir menyuap kek ke mulut bapanya.

Seorang lagi adik Shahir, Nur Hamizah telah meninggal dunia ketika berusia tiga tahun.

Menyentuh tentang kerjayanya single pertamanya, Kebahagiaan Dalam Perpisahan telah pun memasuki carta Era FM dan Hot FM walaupun baru 13 hari siarkan di stesen radio berkenaan.

Sehingga kelmarin, klip video lagu tersebut di laman YouTube berjaya mencatat lebih 400,000 pelayar sekaligus memberikan kejayaan manis buatnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: