Kumpulan Ungu sangat popular di Malaysia saat ini. Sambutan hangat semasa mengadakan showcase di Kuala Lumpur meyakinkan mereka untuk mengadakan konsert berskala besar di negara ini. Ungu akan mengadakan Konsert Mega Malaysia 2010 Ungu di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 1 Mei depan. Tarikh itu dipilih kerana Tenaga Kerja Indonesia (TKI) dan pekerja tempatan bercuti sempena Hari Buruh.
"Sekarang ada sekitar tiga juta warga Indonesia di Malaysia, kalau kita ambil sepuluh peratus sahaja yang akan hadir, kita sudah tak muat tempat duduk di stadium," kata Pasha, penyanyi utama Ungu penuh positif. Pasha kata dia tak mahu fikirkan soal negatif walaupun hanya ada masa kurang sebulan untuk mempromosikan konsert itu setelah mengadakan sidang akhbar pertama Isnin lalu (5 April). Tugasnya hanya memastikan peminat berpuas hati dan terhibur dengan persembahan mereka nanti. Dia juga berharap fenomena lebih 100,000 peminat membanjiri stadium tempat mereka mengadakan konsert di Indonesia akan berulang di Malaysia. "Saya serahkan kepada kebijaksanaan penganjur dan penaja untuk mempromosikan konsert ini. Saya juga berharap kerjasama anda semua (media) untuk memberitahu peminat pasal konsert ini," kata Pasha. Konsert tersebut dibawakan oleh sebuah syarikat pengurusan acara dari Indonesia, Celebes Production dan mendapat kerjasama TV3 dan Radio Era sebagai rakan strategik. "Kami sangat sibuk mengadakan persembahan dan dalam masa yang sama kami akan membuat latihan untuk konsert ini. Ini sebuah konsert yang besar dan kami pasti akan membawa kelainan untuk kepuasan peminat kami," jelas Pasha lagi. Tiket-tiket dijual pada harga RM50 (Tribune 3), RM80 (Tribune 2 dan Festival), RM100 (Tribune 1) dan RM200 (VIP). Hanya jenis Festival sahaja untuk ruang berdiri sementara yang lainnya duduk. Penganjur juga menawarkan pakej istimewa iaitu beli 2 tiket akan dapat percuma satu tiket bagi yang membuat tempahan awal. Ia tidak termasuk tempat duduk jenis VIP. Tiket akan diperolehi serentak dengan pembelian dua tiket. Jadi segeralah ke cawangan TicketPro untuk mendapatkan tiket anda. Anda boleh juga melawati laman www.tiketpro.com.my untuk membuat tempahan. Di Lembah Klang, cawangan tiketpro ada di Music Valley Ampang Point, Rock Corner (The Curve, The Gardens, Subang Parade dan One Utama) serta di Victoria Music Centre (Bangsar, Plaza Sungei Wang, Tropicana City Mall). Di Pulau Pinang tiket boleh didapati di Artist Gallery (One Stop Midlands Park, Gurney Plaza, Queensbay Mall) manakala di Johor ada di The Pfaggs Agency, Taman Pelangi. Ada juga di Sabah iaitu Ram Production, Damai Point dan Perkhidmatan Pelancongan Tembok Besar, Asia City. Untuk keterangan lanjut boleh hubungi tiketpro di talian 03-78807999. Untuk promosi, Era akan menghadakan program menarik yang turut menyediakan tiket percuma kepada pendengar bertuah. Pemenang juga akan dapat peluang berjumpa anggota Ungu di belakang pentas. |
Thursday, April 8, 2010
Ungu harap TKI banjiri Konsert Mega di KL
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: