JASIN: “Saya amat terkilan kerana arwah isteri tak sempat menatap wajah anak kami walaupun kami pernah berjanji untuk memberi kasih sayang sepenuhnya kepada bayi ini.
SEDIH...Md Nor (tengah) bersama anaknya, Fatimah dan Nasrun mengenang nasib keluarga mereka.
Lebih menyedihkan, kata Mustadza, dia turut kehilangan ibu mentua, Maimunah Dimah, 54, Rabu lalu, yang turut disahkan dijangkiti wabak itu.
“Ibu mentua sebelum ini menghidap diabetis kronik hingga menyebabkan kaki kanannya terpaksa dipotong hingga ke paras betis. Tambahan pula sejak akhir-akhir ini dia diserang batuk berpanjangan menyebabkan keadaan kesihatannya bertambah buruk.
“Apabila saya membawanya ke Klinik Kesihatan Merlimau, Selasa lalu, saya diarah merujuk ibu mentua ke Hospital Melaka bagi mendapatkan rawatan lanjut tapi dia menghembuskan nafas terakhir keesokan harinya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Batu 14 ½ Jalan Jasin, Merlimau dekat sini, kelmarin.
Jenazah Sumarni dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Teluk Rimba, Sungai Rambai.
Maimunah meninggal dunia disebabkan komplikasi diabetes selepas dimasukkan ke Hospital Melaka pada Selasa lalu dengan simptom penyakit seakan influenza (ILI).
Wanita terbabit kemudian diberi vaksin Tamiflu, bagaimanapun masalah kencing manis yang tidak terkawal menyebabkan komplikasi akibat kegagalan buah pinggang, jangkitan kuman dan kencing manis.
Rawatan dimulakan bagi menyelamatkan bayi dan pembedahan dilakukan pada hari sama. Namun, selepas pembedahan, wanita itu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) tapi mengalami komplikasi dan meninggal dunia akibat ‘Adult Respiratory Distress Syndrome’ pada Jumaat lalu.
Ujian terhadap bayi perempuan itu, bagaimanapun dia negatif H1N1 dan kini dalam keadaan stabil.
Sementara itu, suami kepada Maimunah, Md Nor Md Nasir, 65, berkata isterinya mengalami batuk dan selesema berpanjangan sejak 27 Mac lalu sebelum keadaannya bertambah teruk pada awal minggu lalu dan dibawa ke Hospital Jasin, Selasa lalu.
Katanya, isterinya kemudian dirujuk ke Hospital Melaka kerana paru-parunya disyaki dijangkiti kuman.
“Apabila tiba di hospital, keadaan isteri saya tidak berubah dan keesokannya dia meninggal dunia dan disahkan dijangkiti wabak H1N1. Jenazahnya dikebumikan di Kampung Jenderam Hilir, Dengkil, Selangor,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: