Friday, April 16, 2010

Tak mungkin kembali menyanyi

FILEM box-office Adnan Sempit bukan sahaja melonjakkan nama Shaheizy Sam dan Along Cham tetapi turut memberi tempias kepada seorang lagi pelakonnya, Norliana Samsudin, 26, atau Yana.

BERBAKAT... Yana dapat kepercayaan MIG bawa watak berat dalam Suri  Bakawali.
BERBAKAT... Yana dapat kepercayaan MIG bawa watak berat dalam Suri Bakawali.

CERIA.... watrak Wawa dalam Adnan Sempit diminati ramai. CANTIK.. fesyennya ketika menjadi penyampai trofi ABPBH2009,  baru-baru ini.


CANTIK.. fesyennya ketika menjadi penyampai trofi ABPBH2009, baru-baru ini.
Sebelum ini Yana pernah mencuba bakat sebagai penyanyi, pelakon filem Histeria malah pengarah filem wanita pertama sandaran MIG Productions tetapi usaha itu nampaknya tidak menyerlah.


Namun bakatnya mula menyerlah sejak membintangi telemovie Lu'Lu dan 3 Janda yang ke udara di Astro Ria serta Astro Prima.


Aksi selamba Yana dalam telemovie komedi menarik perhatian ramai sehingga ada yang menyapanya dengan gelaran Lulu.

Namun sejak muncul dalam Adnan Sempit, nama jolokan Wawa mula meninggalkan kesan mendalam kepada Yana.


Malah kerana populariti itu, Yana diberi peluang menjadi penyampai trofi pada Anugerah Bintang Popular Berita harian 2009 (ABPBH2009) yang baru berlalu. Gadis yang berasal dari Yong Peng, Johor ini pernah mencatat sejarah sendiri apabila mengarahkan filem pertamanya, Selamat Pagi Cinta (SPC) terbitan MIG Productions pada usia 25 tahun.


Yana sepatutnya mengarahkan filem kedua Cinta Alam Maya bersama MIG begitupun ia ditangguhkan disebabkan masalah tertentu.


Namun ada segelintir pihak yang membuat andaian Yana diketepikan daripada tugas pengarahan kerana sambutan yang kurang memberangsangkan daripada tayangan SPC. Menyangkal dakwaan itu, Yana memberitahu bidang lakonan yang semakin berkembang memberi ruang untuknya terus bertapak dalam industri seni.

"Kalau cakap pembabitan saya sebagai pengarah menerusi SPC tidak berjaya... tidak juga. Kalau diukur pada kutipan tiket sebanyak lebih RM1.2 juta, ia satu pencapaian yang agak memuaskan bagi pengarah baru seperti saya.

"Kalau ikutkan, filem kedua arahan saya sepatutnya memulakan penggambaran awal tahun lalu. Mungkin tumpuan saya lebih ke arah lakonan buat masa ini.

"Memanglah saya masih rindukan peluang mengarah. Pembabitan dalam bidang lakonan jelas mendapat maklum balas yang lebih memberangsangkan daripada banyak pihak. Jadi, saya selesa dengan lakonan buat masa ini. Namun saya belum melupakan hasrat untuk mengarah. Kedua bidang ini saling berkaitan. Mungkin saya akan kembali mengarah pada tahun depan, itupun bergantung kepada keadaan," katanya.


Maklum balas yang diberikan pihak pengurusan MIG satu petanda yang positif.

Menyingkap pembabitannya dalam bidang seni Yana mula menyertai MIG sejak berusia 17 tahun sebagai penyanyi runut bunyi. Dia turut menghasilkan album solo berjudul Yana Ceria pada 2004.

Dia mendapat kepercayaan MIG sebagai pelakon pembantu menerusi beberapa drama dan filem seperti 7 Perhentian, Mami Jarum Junior dan Main-Main Cinta.


"Sebelum ini saya pernah bertugas sebagai penyunting. Selain mendalami selok belok tugas di belakang tabir. Saya bertuah kerana produser MIG, David Teo memberi galakan dan ruang kepada saya mencuba pelbagai bidang kerja dalam produksi.

"Pada usia muda tidak salah kalau kita belajar dan memanfaatkan peluang yang ada. Tidak dinafikan juga banyak benda yang saya belajar daripada MIG," katanya ketika ditemui pada majlis doa selamat memulakan penggambaran dan sidang media drama bersiri, Suri Bakawali untuk slot Ratu di TV9 yang disiarkan setiap Isnin jam 9.30 malam bermula 3 Mei ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: