Wednesday, April 7, 2010

Sultan Kelantan dibawa bersiar-siar di Kota Bharu


PEMANDANGAN dari luar Istana Mahkota tempat Tuanku Ismail Petra bersemayam selepas pulang dari Singapura awal bulan lalu. (Gambar kecil) TUANKU ISMAIL PETRA ketika tiba di Kota Bharu dari Singapura pada 4 Mac lalu.


KOTA BHARU - Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra buat pertama kalinya dibawa bersiar-siar di sekitar bandar ini petang kelmarin sejak berangkat pulang dari Hospital Mount Elizabeth, Singapura pada 4 Mac lalu.

Baginda dibawa keluar dari Istana Mahkota, Kubang Kerian di sini dengan menaiki kereta Bentley yang dipandu oleh anakanda baginda, Tengku Temenggong, Tengku Muhammad Fakhry.

Tuanku Ismail yang keluar dari istana pada pukul 5.30 petang meluangkan masa kira-kira satu jam bersiar-siar di sekitar bandar ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: