![]() |
| KRISDAYANTI |
JAKARTA - Penyanyi lagu Menghitung Hari, Krisdayanti mendedahkan punca dia memutuskan hubungan dengan kekasihnya, Raul Lemos selepas mereka menjalin hubungan hampir tujuh bulan, lapor sebuah akhbar semalam.
"Saya mengenal dan menjalin hubungan dengannya mulai Oktober atau November lalu dan ketika itu saya sudah sah menjadi janda," katanya yang menafikan Lemos menjadi punca penceraiannya.
Bekas isteri penyanyi Anang Hermansyah itu memberitahu, pada mulanya dia tidak tahu bahawa status sebenar Raul semasa mereka menjalin hubungan.
Menurutnya, seorang wanita mengaku pernah menjadi isteri Lemos menyebabkan dia berasa bersalah menjadi kekasih ahli perniagaan tersebut.
"Saya tidak mahu berhubungan dengan suami orang. Kepada isteri Lemos, saya mohon maaf. Saya dan Lemos sudah tidak ada apa-apa hubungan lagi," tegasnya yang mempunyai dua anak sambil mengalirkan air mata.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: