
BEBERAPA pelancong asing menembak seekor gajah dengan pistol air di Jalan Khao San, Bangkok semalam.
BANGKOK - Penduduk tempatan dan pelancong asing menyambut pesta air atau Songkran di Thailand semalam.
Pesta itu diraikan selepas 21 orang mati dalam pertempuran antara kumpulan penunjuk perasaan antikerajaan dengan anggota-anggota pihak berkuasa pada malam Sabtu lalu.
Di sebatang jalan raya di sini, suasana bertukar meriah ekoran ramai pelancong berbalas tembakan pistol air sempena festival itu bagi meraikan ketibaan musim panas di Thailand.
Pada hari berkenaan, orang ramai akan menyimbah air pada tangan keluarga dan sahabat handai bagi menolak bala dan membawa tuah.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: