
Beberapa anggota polis memeriksa kedai emas di Plaza OUG, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur yang dirompak dua lelaki semalam.
KUALA LUMPUR - Seorang perompak bertindak kejam apabila dia bukan saja menunjukkan sikap tamaknya dengan membolot semua barangan kemas yang baru dirompak bersama seorang sahabatnya malah turut menembak mati rakannya itu yang cedera.
Dalam kejadian pada pukul 2.45 petang di kedai emas di Plaza OUG, Jalan Klang Lama di sini semalam, dua penjenayah yang tidak memakai topi keledar dan penutup muka telah menyerbu masuk kedai emas yang terletak di tingkat satu bangunan tiga tingkat itu.
Salah seorang penjenayah itu memiliki pistol manakala rakannya yang tidak mempunyai senjata merampas pump gun milik pengawal keselamatan yang berkawal di luar kedai emas.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: