Saturday, April 10, 2010

Perompak dua beradik ditembak

IPOH - Dua beradik yang dipercayai perompak yang terlibat dalam sekurang-kurangnya 18 kes rompakan kedai emas di sekitar Perak dan enam buah negeri lain mati ditembak polis di Jalan Kamunting, Taiping, 80 kilometer dari sini malam semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Dzuraidi Ibrahim berkata, pada kejadian pukul 10 malam itu, kedua-dua suspek cuba bertindak agresif selepas kereta dinaiki mereka ditahan polis.

"Suspek yang berada dalam keadaan mencurigakan semasa ditahan terus mengundurkan kereta dan mula melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis.

"Anggota kami kemudian terpaksa membalas tembakan dan berjaya menumpaskan dua lelaki berkenaan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini semalam.

Hasil pemeriksaan lanjut, polis menjumpai sepucuk revolver .22, enam butir peluru berserta tiga kelongsong yang digunakan kedua-dua lelaki berkenaan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: