
JOHOR BAHRU - Setelah lebih 40 tahun terpaksa menggunakan generator, kira-kira 400 penduduk Kampung Sentosa Dalam, Ulu Tiram di sini akhirnya menarik nafas lega apabila mula mendapat bekalan elektrik semalam.
Rata-rata penduduk yang ditemui berasa gembira apabila nasib mereka terbela dan tidak lagi perlu menggunakan pelita serta mengeluarkan belanja yang banyak bagi penyelenggaraan generator setiap bulan.
Seorang suri rumah, Azizah Azid, 41, yang telah menetap selama 11 tahun di kampung itu berkata, sebelum ini keluarganya terpaksa berbelanja lebih RM700 sebulan kerana menggunakan generator bagi membekalkan elektrik ke rumah.
"Syukur, kini kami lebih selesa menjalani kehidupan seharian kerana bekalan elektrik sudah disediakan di setiap rumah di kampung ini," katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: