
BANGKOK - Suruhanjaya Pilihan Raya Thailand semalam meminta agar Parti Demokrat yang memerintah negara itu dibubarkan sekali gus meningkatkan lagi tekanan ke atas Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva selepas pertempuran berdarah terburuk dalam tempoh 18 tahun antara pihak berkuasa dan penunjuk perasaan yang meragut 21 nyawa berlaku pada malam Sabtu lalu.
Permintaan itu dibuat ekoran wujudnya sumbangan bernilai jutaan ringgit secara haram kepada Parti Demokrat pada kempen pilihan raya tahun 2005 semasa Abhisit menjadi timbalan pemimpin parti.
Jurucakap Parti Demokrat, Buranaj Smutharaks menyatakan pihaknya akan mencabar keputusan suruhanjaya pilihan raya. "Kes tersebut masih belum tamat. Ia mesti disiasat oleh Peguam Negara sebelum dikemukakan ke Mahkamah Perlembagaan," kata Buranaj. Semalam, kumpulan penunjuk perasaan antikerajaan Baju Merah yang merupakan penyokong bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra membawa 14 buah keranda di jalan-jalan di Bangkok sebagai tanda protes ekoran tunjuk perasaan berdarah pada malam Sabtu lalu.
Penunjuk perasaan itu berkumpul di Bangkok bagi menuntut Abhisit membubarkan Parlimen dan mengadakan satu pilihan raya baru.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: