Wednesday, April 7, 2010

Model belanja RM96,375 panjangkan rambut


GAMBAR (kiri) menunjukkan rambut asal Irwin sebelum rambutnya panjang (kanan).


NEW YORK - Seorang model di Amerika Syarikat (AS), Brandi Irwin sanggup membelanjakan lebih AS$30,000 (RM96,375) bagi membolehkan rambutnya kelihatan cantik, lapor sebuah akhbar semalam.

Walaupun harganya menyamai sebuah kereta, dia menyambungkan rambutnya supaya menjadi panjang dengan melekatkan rambut palsu di sebuah salun rambut di sini.

Pendandan rambut di salun itu melekatkan setiap helaian rambut dengan rambut palsu.

Proses itu melibatkan kira-kira 250,000 helaian rambut palsu dan mengambil masa lebih sembilan jam.

Irwin membelanjakan sekitar AS$47,000 (RM150,987) setahun untuk rambutnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: