
TUMPAT - Lima pelajar sekolah pondok bersyukur tidak terhingga sebaik dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret di sini daripada kesalahan tidak memakai topi keledar walaupun mereka hanya berserban ketika menunggang motosikal dua tahun lalu.
Adli Abd. Halim, 22, Ahmad Hafiz Shaari, 24, Mohd. Hafizul Mohamad, 22, Mohd. Azam Mohd. Arifin, 24, dan Che Mohd. Noor Che Soh, 28, kelihatan sebak dan mengalirkan air mata sebaik sahaja Majistret Raja Norshuzianna Shakila Raja Mamat selesai membacakan penghakimannya.
Kesemua mereka yang merupakan pelajar Pondok Al-Madrasah Ad-Diniah Al-Yusufiah, Gelang Mas di sini didakwa melakukan kesalahan tersebut ketika ditahan dalam sekatan polis di Kampung Geting dekat sini pada pukul 12.30 tengah malam 28 April 2008.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: