Saturday, April 3, 2010

K.I.T.A Carefree Ganti Awan Dania

Penonton Astro RIA akan diwarnakan dengan sebuah lagi drama bersiri istimewa terbaru berjudul K.I.T.A Carefree yang bakal menemui penonton setiap Isnin bermula 5 April 2010 setiap jam 10.00 malam.

Drama arahan Michel Ang dan Amo Mizan ini dijayakan oleh Scha Al-Yahya yang cukup sinonim dengan Awan Dania, Marsha, Dawn Jeremiah (pemenang tempat kedua Pertandingan Ratu Cantik Malaysia 2007/2008) dan Wany Omar.

K.I.T.A Carefree mengisahkan persahabatan empat wanita sejak di bangku sekolah iaitu Kiera (Scha), Ilma (Marsha), Tania ( Dawn) dan Alisa (Wany). Perjanjian dibuat ketika mereka berumur 16 tahun dan berikrar untuk menyokong dan membantu satu sama lain dalam apa jua keadaan.

Kisah bermula apabila Tania yang bakal bergelar pengantin baru telah bertanggungjawab mengumpulkan kembali rakan lamanya dan bermulalah kisah mereka sama-sama menyusuri kembali kenangan lampau ketika masih di bangku sekolah.

Kiera seorang yang berpewatakan kasar dan berjaya bergelar doktor. Sementara itu, Ilma pula seorang pelakon popular yang kurang mendapat kasih sayang daripada keluarga. Tania pula seorang yang lurus dan baik hati manakala Alisa pula membesar menjadi pengarang majalah fesyen walaupun membesar dalam keluarga yang bermasalah.

Drama tajaan Carefree ini akan disiarkan setiap Isnin jam 10.00 malam bermula 5 April ini hanya di Astro RIA.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: