
DIVA nak ucapkan tahniah kepada Nasha dan teman lelakinya, Nur Iman Tang Abdullah sebab mereka sudah bersedia ke alam rumah tangga.
Diva gembira apabila dapat tahu Nasha sudah pun menerima lamaran Nur Iman yang mesra dipanggil Tang oleh orang dalam industri.
Mereka merancang untuk menunaikan umrah bersama-sama pada 10 Mei ini dan Diva doakan semoga semuanya berjalan lancar. Teman Diva cuba menelefon Tang untuk bertanyakan perancangan mereka menuju hari bahagia yang khabarnya jatuh pada bulan Jun kelak.
Tapi Tang memang sibuk dengan kerjanya yang selalu berulang alik ke Indonesia, jadi sukar untuk mendapatkannya kali ini.
Teman Diva pernah berborak-borak kosong dengan Tang dan dia menyatakan hal yang paling penting buatnya kini adalah untuk mengerjakan umrah dan berharap perjalanannya menuju alam rumah tangga akan berjalan lancar selepas ke Mekah.
Diva percaya mereka mempunyai perancangan ke arah tingkat yang lebih menjamin masa depan mereka.
Diva mendoakan kebahagiaan mereka dan sudah terbayang anak-anak mereka yang putih melepak dan tinggi-tinggi belaka kerana Nasha dan Tang sama-sama tinggi. Diva tunggu kad jemputan daripada Nasha dan Iman Tang.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: