Monday, April 5, 2010

Giliran Anum terkeluar


ANUM berjalan keluar selepas tersingkir daripada AF8 di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur malam tadi.


KUALA LUMPUR - Tuah tidak menyebelahi Anum apabila menjadi pelajar ketiga tersingkir daripada program realiti Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) yang disiarkan secara langsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil di sini semalam.

Penyingkiran Anum atau nama sebenarnya Dayang Nor Anum Arjuna Aharum dilakukan kerana anak kelahiran Tawau, Sabah itu memperoleh undian terendah melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) iaitu sebanyak 8.73 peratus berbanding sembilan peserta lain.

Menyanyikan lagu berjudul Kau atau Aku yang pernah dipopularkan oleh Elyana, Anum, 19, sememangnya mendapat kritikan negatif daripada kalangan juri sewaktu konsert AF8 minggu kedua.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: