Sunday, April 11, 2010

‘Gelap Mata’ Dapat Duit Tapi Hutang ‘Kuis’ Ke Tepi

SENAK perut Ad Lib bila dengar cerita satu sumber tentang pengarah terkenal ni. Apa taknya, kata sumber ni, tabiat buruk tuan pengarah berkaliber yang kaki hutang ni memang dah sebati dengannya.

Bukan niat sumber tu nak memburuk-burukkan atau membuka aib pengarah ni. Memandangkan perangai suka berhutang tu dah makin menjadi-jadi hingga menyusahkan sumber tu, mahu tak mahu terpaksalah sumber tu berkongsi cerita.

Selama ni, sumber tu dah banyak tolong pengarah ni daripada segi kewangan. Tapi bila asyik bagi pinjam tapi tak pernah berbayar, tauke pajak gantung pun boleh ‘gulung tikar’.

Kalau setakat, duit kecik-kecik tu kira halal jelah kata sumber tu, tapi ni duit yang jumlahnya boleh tahan besar. Kononnya nak buat duit modal projek syarikat, tapi bila untung masuk, pengarah tu senyap je.

Tahun berganti tahun, job pengarah tu terus kencang tapi hutang pada sumber tu tak ‘mari-mari’!

Kata sumber tu, yang membuatkan dia ‘naik angin’ bukanlah sikap berhutang pengarah tu sangat, tapi tentang peel pengarah ni yang mudah ‘gelap mata’ bila dapat duit ‘secepuk’ depan mata. Tau-tau je, dah pergi berlibur ria bersama seisi keluarga.

Ceritanya, baru-baru ni pun pengarah tu baru je siapkan filem dengan sebuah produksi besar. Bila dapat je bayaran untuk kerja mengarah tu, mulalah dia lupa diri.

Habis duit tu dibelanjakan ala-ala ‘dunia ana yang punya’. Bayaran yang boleh tahan besar jumlahnya tu ‘licin’ dalam masa sehari dua. Tapi hutang lama yang dah menggunung pada sumber ni langsung tak dibayarnya.

Lebih melampau, si pengarah yang tengah mengalami ‘kesesakan’ sumber kewangan ni pantang dapat apa-apa bayaran je mulalah pergi bercuti bersama keluarga, berbelanja sakan dan menikmati kehidupan serba mewah persis pengarah Hollywood, Steven Speilberg, tak pun James Cameron.

Tapi yang menuntut hutangnya tu dari serata alam. Camne tu? Lebih menyentap perasaan, orang kuat tuan pengarah tu juga ada mengadu pada sumber Ad Lib ni tentang rasa terkilannya dengan sikap pengarah ni yang langsung tak ‘terlanting’ sikit pun duit tu untuk segala penat-lelah dan kerja keras yang dilakukan orang kuatnya tu dalam mentadbir operasi syarikat produksi pengarah tu.

Cerita sumber tu, bukanlah orang kuat pengarah tu mengharap pun duit pengarah tu, tapi masa pengarah tu tak berduit dan tak dapat apa-apa bayaran, orang kuat tu banyak beralah dan dulukan duitnya sendiri demi kelangsungan hidup pengarah tu.

Pengarah tu pula jenis yang tak beringat. Bak kata orang, tak ukur baju di badan sendiri. Walaupun tak berduit, tapi gaya hidup tak nak ‘kalah’.

Almaklumlah bos besar, sesuka hatinya saja dia minta cash pada orang kuat tu. Habis segala belanja makan, minum dan keperluan keluarganya diminta pada orang kuatnya tu dengan ‘selamba badak’. Katanya, itu hak dia sebagai pengarah urusan.

Pening kepala orang kuatnya tu memikirkan dari mana nak ‘korek’ duit untuk melancarkan urusan harian tuan besarnya tu. Mahu tak mahu terpaksalah juga dia meminjam sana dan sini.

Walhal, pengarah tu tak pernah ambil tahu pun tentang aliran tunai produksinya tu. Yang dia tahu, minta duit je. Kalau tak dapat duit, mulalah si pengarah separuh abad tu tarik muka dengan orang kuatnya. Eh, eh boleh pula nak merajuk ya?

Ad Lib takde niat langsung nak calarkan imej pengarah berbakat besar ni, cuma sekadar menasihat agar dapt dijadikan iktibar bukan saja pada empunya badan tapi buat semua yang membaca juga.

Jangan nanti, hutang terus membukit, umur tak panjang tak sempat nak lunaskan. Siapa yang nak jawab tu?

Ad Lib: Suka bayar ‘cash’.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: