Thursday, April 22, 2010

Buat sendiri rawatan masker

WANITA yang mementingkan penampilan diri mendambakan kulit lembut, anjal dan sihat.




Ada yang mengatakan kita boleh membuat sendiri topeng muka (masker) kerana orang dulu-dulu sering menghasilkan bahan kecantikan menggunakan elemen tradisional sehingga menjadikan wajah mereka kekal jelita.


Bahkan, hasil kolaborasi bahan kecantikan juga diyakini menambah baik kulit seseorang untuk sentiasa awet muda dan gebu.


Segelintir orang mengambil aspirin yang dicampur dengan madu bagi melembapkan kulit lalu disapu pada seluruh wajah dan dibiarkan kira-kira 10 minit pada wajah.


Sesetengahnya pula menggunakan betik yang dikisar halus lalu disapu pada wajah untuk menghasilkan kulit mulus.


Apa saja yang dilakukan, penjagaan terhadap wajah memerlukan penjagaan sebaiknya seawal usia remaja. Penjagaan berterusan akan memberikan hasil memberangsangkan kerana apabila usia menginjak, pastinya kulit mengalami proses penuaan, berkedut dan tidak setegang dulu.


Penjagaan kulit wajah menggunakan topeng muka ini sebenarnya boleh didapati dalam pelbagai pilihan.


Masker De'Wajah antara rumusan yang semakin digemari melalui formulasi barunya yang dimanifestasikan menerusi tiga fungsi berbeza.


Menurut Eksekutif Pemasaran, Jun Hair & Beauty (M) Sdn Bhd, Nur Fariza Zulkafly, kelembapan kulit amat penting pada diri seseorang kerana kulit sentiasa terdedah dengan proses penghidratan persekitaran berikutan cuaca panas, berdebu dan kering sehingga memberi kesan langsung kepada wajah.

"Untuk itu, Masker Oksigen De'Wajah membantu menjana pertumbuhan sel kulit baru menerusi kandungan oksigen yang dibekalkannya.


Ini kerana sel baru bakal menggantikan sel lama untuk menampilkan kulit muda sentiasa.


"Selain itu, garis yang terhasil akibat kulit kering atau terhidrat itu juga boleh dikurangkan dengan lembapan optimum. Kesan lembapan kulit yang bermaya dapat dialami selepas masker itu dibilas daripada wajah," katanya.


Masker Clay De'Wajah pula bertindak sebagai ejen antipenuaan dan membantu menegangkan kulit wajah serta mengecilkan liang roma yang terbuka.Untuk kesan maksimum, pengguna digalakkan tenang ketika menggunakan masker ini kerana sebarang gerakan pada wajah boleh mengganggu proses yang sedang berlangsung.


"Mereka yang menggemari perawatan berasaskan aromaterapi pasti meminati perawatan Masker Lavender De'Wajah. Ini kerana, perawatan topeng ala spa ini boleh dilakukan sendiri di rumah.


"Umum mengetahui bahawa aroma lavender adalah terapi yang memberi kesan menenangkan fikiran serta lebih nyaman kerana ia bersifat terapi untuk kesihatan," katanya.


Dia turut mencadangkan pengguna supaya memakai masker sambil dimainkan muzik instrumental dalam keadaan tenang bagi membantu diri yang sememangnya inginkan istirahat yang sebenar-benarnya.


Ketiga-tiga rangkaian masker De'Wajah itu mempunyai fungsi tersendiri tetapi katanya, persamaan yang nyata adalah semua masker itu membantu menanggalkan noda putih pada permukaan wajah.


Katanya, ia mungkin dijelmakan oleh kesan pemakaian mekap sebelumnya atau kesan terdedah kepada faktor persekitaran yang boleh merosakkan kulit wajah. Untuk menanggalkan noda itu, pengguna disarankan menggunakan masker itu mengikut cara yang betul.


Mendapatkan nasihat daripada pakar kecantikan amat perlu kerana silap menggunakannya, ia akan memberi kesan tidak baik.


Layari www.dewajah.net untuk maklumat lanjut atau emel kepada dewajah@dewajah.net.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: