Tuesday, August 4, 2009

Wanita Arab Saudi sudah berani bedah kosmetik


SEORANG wanita menjalani prosedur memutihkan kulit di sebuah klinik kecantikan di Riyadh, Arab Saudi baru-baru ini.


RIYADH - Kaum wanita di Arab Saudi semakin berani menjalani pembedahan plastik selepas seorang ulama kanan, Sheik Mohammed al-Nujaimi mengeluarkan fatwa bahawa prosedur itu halal di sisi Islam.

Fatwa tersebut berpandukan kata sepakat yang dicapai antara golongan ulama dan pakar bedah dalam satu pertemuan di sini bagi membincangkan perkara tersebut.

Beliau memberitahu, Islam membenarkan prosedur itu bagi membesarkan payu dara yang terlalu kecil, membetulkan keadaan yang memalukan seseorang atau memulihkan kecacatan akibat kemalangan.

"Saya menerima panggilan daripada ramai wanita yang bertanyakan tentang pembedahan kosmetik. Pembentangan oleh pakar-pakar perubatan itu banyak membantu saya dalam memberikan panduan," kata ulama berkenaan.

Sejak beberapa tahun kebelakangan, pusat pembedahan plastik yang menawarkan rawatan laser, prosedur membuang lemak dan menanam rambut semakin bertambah di sini

Keadaan itu jauh berbeza berbanding 10 tahun lalu. Kini terdapat 35 pusat seperti itu di Arab Saudi, kata seorang pakar kulit Ahmed al-Otaibi.

Walaupun wanita di Arab Saudi diwajibkan memakai purdah, pembedahan plastik semakin digemari kerana ia memberi peluang kepada wanitanya untuk menonjolkan kecantikan mereka di majlis persendirian, ketika bersama suami atau semasa di luar negara.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: