
GLASGOW - Negeri Scotland sebelum ini terkenal dengan legasi seperti alat muzik bagpipe, arak wiski dan skirt kilt.
Namun negeri di utara Britain itu kini berusaha menjadikan ayam tikka masala iaitu sejenis hidangan kari masyarakat Asia Selatan sebagai sebahagian warisan negeri tersebut.
Seorang cef di sini Ahmed Aslam Ali mendakwa masakan itu dicipta olehnya dan meminta Kesatuan Eropah (EU) memberi status Hak Cipta Asal Dilindungi di mana nama hidangan itu perlu mengandungi nama bandar Glasgow.
Keluarga Ahmed yang memiliki restoran Shish Mahal di sini menyatakan mereka menghasilkan resipi kari kurang pedas itu pada 1970-an untuk memenuhi selera penduduk Scotland sebelum ia menjadi popular di seluruh Britain.
"Penduduk tempatan tidak sukakan kari pedas, oleh itu kami memasak kari menggunakan krim dan yogurt," kata Ahmed, 64.
Kini hidangan itu merupakan makanan harian terutamanya di Scotland malah, bekas menteri luar Robin Cook menyifatkannya sebagai sebahagian budaya rakyat Britain.
Jika kempen itu mendapat sokongan London ia dijangka memakan masa sehingga dua tahun sebelum mendapat pengiktirafan EU.
pencuri betul omputih ni.masakan tu asal belah2 india pakistan ler..walopun kau ubah resipi tu..asal usul resipi tu bukan kau punya ler...esok2 nasi lemak kiter pun dia ckp dia punya..pirah! xde budayan sndiri kehape.
ReplyDelete